About Me

Pemuda dikhuatiri lemas di Jeram Mawar


KEMAMAN – Kegembiraan tujuh sahabat menghabiskan cuti sambutan Hari Kebangsaan hari ini dengan memancing di Jeram Mawar berhampiran Kampung Air Putih di sini bertukar tragedi apabila salah seorang daripada mereka dikhuatiri lemas.

Dalam kejadian pada pukul 1.30 tengah hari itu, Mohamad Nazmi Mohamad Saidi, 23, dari Kampung Paya Berenjut, Chukai di sini dikatakan tergelincir sewaktu sedang berdiri di tebing sungai sebelum dihanyutkan arus deras.

Salah seorang rakan mangsa, Mohd. Zarif Ikhwan Zainuddin, 23, berkata, dia cuba menyelamatkan Mohamad Nazmi namun gagal.

“Sebaik menyedari kawan saya (Mohamad Nazmi) tergelincir ke dalam sungai, saya cepat-cepat terjun untuk menyelamatkannya tetapi arus deras membuatkan saya turut hampir lemas.

“Saya terpaksa menjerit meminta pertolongan rakan-rakan lain. Mohamad Nazmi kemudian dilihat tenggelam timbul di permukaan air sebelum kelibatnya hilang,” katanya ketika ditemui di lokasi kejadian di Jeram Mawar di sini hari ini.

Mohd. Zarif Ikhwan memberitahu, sebelum kejadian, mereka bertolak ke Jeram Mawar yang terletak jauh di dalam hutan terkenal sebagai lokasi memancing dan berkelah di daerah ini pada pukul 7 pagi.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Kemaman Superintendan Hanyan Ramlan yang dihubungi mengesahkan kejadian dan operasi mencari dan menyelamat mangsa sedang dijalankan. 

– K! ONLINE
header ads
LAZADA 9.9

LAZADA 9.9E

50% Diskaun Bagi Barangan Pakaian

Nikmati potongan harga 50% bagi barangan pakaian dan nikmati potongan RM 15 percuma bagi pembelian pertama anda!

-->