About Me

Peniaga kosmetik maut, isteri, dua anak cedera


Kuala Berang: Peniaga kosmetik maut selepas Proton Wira dipandunya hilang kawalan sebelum bertembung dengan kereta lain di Kilometer 11, Jalan Gaung-Kuala Ping berhampiran Kampung Matang di sini, malam tadi.

Dalam kejadian 7.40 malam itu, Muhammad Marhafizan Muhammad, 28, disahkan meninggal dunia di tempat kejadian.

Sementara itu, isterinya yang berusia 29 tahun dan dua anak perempuan berusia dua dan 10 tahun yang turut berada dalam kenderaan itu, cedera.

Kemalangan dipercayai berlaku apabila kereta dinaiki empat beranak itu dari arah Jabi, Besut tiba-tiba hilang kawalan ketika melalui selekoh dan berpusing, sebelum memasuki laluan bertentangan.

Dalam masa sama, Honda Civic dipandu pesara berusia 57 tahun dari arah bertentangan tidak sempat mengelak kereta mangsa dan kenderaan mereka bertembung.

Pesara itu bersama penumpang iaitu anak perempuan berumur 18 tahun hanya cedera ringan.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Hulu Terengganu Deputi Superintendan Mohd Adli Mat Daud ketika dihubungi mengesahkan kejadian.

"Mayat dibawa ke Hospital Hulu Terengganu untuk tindakan lanjut, manakala mangsa yang cedera turut dirawat di hospital sama," katanya yang memberitahu kes disiasat mengikut Seksyen 41 (1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.

- HMetro 
header ads
LAZADA 9.9

LAZADA 9.9E

50% Diskaun Bagi Barangan Pakaian

Nikmati potongan harga 50% bagi barangan pakaian dan nikmati potongan RM 15 percuma bagi pembelian pertama anda!

-->