About Me

Reda permergian isteri bersama kandungan


Melaka: "Permintaan terakhirnya, isteri minta untuk temankanya di hospital dan katanya kalau tidak boleh masuk pun cukuplah saya berada di luar dan dia dapat melihat dari luar.

"Tiga hari ini terakhir ini memang memberi kesan kerana arwah isteri minta benda yang saya tidak boleh tunaikan, walaupun beberapa kali saya cuba terangkan kepadanya," luah Mohd Firdaus Haron, 36, yang kehilangan isteri Herni Yusnilah Yusof, 29, akibat Covid-19.

Herni yang mengandung enam bulan meninggal dunia semalam selepas 13 hari dirawat di Hospital Melaka.

Menurut Mohd Firdaus, dia tidak menjangka isterinya yang mengandungkan anak kedua mereka akan pergi meninggalkannya selepas sedar daripada ditidurkan.

"Kali pertama isteri ditidurkan kira- kira tujuh hari lalu selepas kesihatan dia semakin merosot namun dia menunjukkan perkembangan positif dan kembali sedar walaupun masih bergantung kepada bantuan oksigen.

"Bagaimanapun kesihatan dia kembali merosot dan perlu ditidurkan kembali pada Isnin sebelum disahkan meninggal kira-kira 11.40 malam," katanya ketika dihubungi.

Katanya, dia dan isteri amat menantikan kehadiran anak kedua mereka namun Allah SWT lebih menyayangi mereka.

Mohd Firdaus yang mengusahakan gerai Warong Kopi Manggis Road berkata, sebelum ini arwah isterinya kerap bertanya kepada dirinya sama ada dia boleh menjaga anak perempuan mereka berusia lima tahun dan ibunya sekiranya dia ditakdirkan pergi dahulu.

"Dia selalu bertanya kalau saya boleh jaga anak dan emaknya seperti dia lakukan. Dia amat rapat dengan ibunya memandangkan dia satu- satunya anak perempuan.

"Sebelum ini kebanyakan keputusan dalam keluarga dia akan putuskan malah merupakan 'ahli fikir' untuk kami semua walaupun dia anak bongsu," katanya.

Ujarnya, dia kini bukan sahaja kehilangan 'ahli fikir' malah 'patah kaki' untuk menguruskan perniagaannya itu.

"Apa yang terhasil di kedai kami adalah hasil apa yang difikirkannya. Rupanya dia lakukan (usaha) untuk tinggalkan buat anak kami dan emaknya.

"Sepatutnya kami potong gelang bersama kelmarin, namun takdir dia pergi dahulu. Alhamdulillah ibu mertua yang sebelum ini turut disahkan positif Covid-19 juga sudah sembuh," katanya.

- HMetro 
header ads
LAZADA 9.9

LAZADA 9.9E

50% Diskaun Bagi Barangan Pakaian

Nikmati potongan harga 50% bagi barangan pakaian dan nikmati potongan RM 15 percuma bagi pembelian pertama anda!

-->