About Me

Remaja dakwa dicabul pengamal perubatan


KOTA BHARU – Seorang pengamal perubatan dipercayai mencabul seorang remaja perempuan ketika menjalankan rawatan di rumah keluarga mangsa di Pasir Tumboh di sini minggu lalu.

Kejadian pukul 11 pagi itu dipercayai berlaku apabila keluarga remaja berusia 15 tahun itu menjemput suspek yang berasal dari sebuah negeri di utara pada 2 Ogos lalu.

Ketua Polis Kelantan, Datuk Shafien Mamat berkata, ibu bapa mangsa menjemput suspek yang berusia 39 tahun untuk mengubati anaknya kerana didakwa histeria dan diganggu makhluk halus.

Katanya, ketika menjalani rawatan di dalam bilik, suspek dipercayai memegang dan meraba seluruh badan mangsa.

“Mangsa mengadu kepada ibu bapanya sebelum membuat laporan di Balai Polis Kubang Kerian di sini malam semalam.

“Siasatan mendapati suspek merupakan pengamal perubatan tradisional yang cedera selepas dipercayai dipukul empat lelaki di sebuah inap desa di Kubang Kerian pada Rabu lalu,” katanya ketika dihubungi Kosmo! hari ini.

Menurut Shafien, tiada tangkapan dilakukan dan polis akan memanggil suspek untuk membantu siasatan.

Kes disiasat mengikut Seksyen 14 (1) (d) Akta Kesalahan Seksual Terhadap Kanak-Kanak.

Difahamkan, suspek yang cedera dipukul masih dirawat di Hospital Raja Perempuan Zainab II di sini kerana menghidap penyakit buah pinggang dan kencing manis kronik. 

– K! ONLINE
header ads
LAZADA 9.9

LAZADA 9.9E

50% Diskaun Bagi Barangan Pakaian

Nikmati potongan harga 50% bagi barangan pakaian dan nikmati potongan RM 15 percuma bagi pembelian pertama anda!

-->