About Me

Segerakan bantuan kepada mangsa banjir di Yan - Muhyiddin


Kuala Lumpur: Tan Sri Muhyiddin Yassin berharap kerajaan negeri Kedah dan agensi berkaitan dapat menyegerakan semua bentuk bantuan kepada penduduk di Yan, Kedah yang terjejas akibat banjir kilat dipercayai kesan daripada fenomena kepala air di Gunung Jerai, hari ini.

"Keselamatan dan bekalan makanan perlu menjadi keutamaan ketika ini.

"Saya difahamkan bahawa petugas-petugas keselamatan dan kecemasan seperti Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (Bomba) serta APM telah melakukan operasi menyelamat dan pemantauan bagi memastikan keselamatan penduduk di kawasan bencana terjamin," katanya dalam kenyataan dimuat naik di Facebook, hari ini.

Perdana Menteri Sementara itu berharap tugas pasukan keselamatan dalam membantu mangsa dipermudahkan, manakala penduduk terjejas yang terpaksa dipindahkan ke pusat pemindahan sementara (PPS) disediakan bantuan dan perlindungan sewajarnya.

Katanya, mahu mangsa banjir dilindungi dan berharap urusan pemindahan serta penyelamatan itu berlangsung teratur, terutama ketika situasi pandemik Covid-19.

- HMetro 
header ads
LAZADA 9.9

LAZADA 9.9E

50% Diskaun Bagi Barangan Pakaian

Nikmati potongan harga 50% bagi barangan pakaian dan nikmati potongan RM 15 percuma bagi pembelian pertama anda!

-->