About Me

Tumbuk jururawat sebelum cuba lari dari hospital


Sungai Buloh: Seorang pesakit Covid-19 parah selepas selepas terjatuh dari tingkat lima ketika cuba melarikan diri dari Hospital Sungai Buloh, semalam.

Kejadian berlaku pada 3.20 petang semalam, selepas mangsa berusia 33 tahun dimasukkan di dalam wad hospital itu pada 3 pagi hari sama akibat positif Covid-19.

Ketua Polis Daerah Sungai Buloh, Superintendan Shafa'aton Abu Bakar berkata, pesakit yang kelihatan murung itu cuba keluar dari wad sebelum bergelut dengan jururawat yang cuba menghalangnya.

"Pesakit lelaki itu bertindak agresif terhadap jururawat dengan menumbuk muka dan mengejar jururawat yang menghalangnya untuk keluar dari wad berkenaan.

"Dia turut mengganggu pesakit lain sebelum pergi ke tepi tingkap wad berkenaan dan cuba terjun," katanya dalam satu kenyataan, hari ini.

Beliau berkata, kejadian itu disedari staf lain hospital dan cuba menyelamatkannya, namun pesakit itu akhirnya terjatuh ke aras bawah hospital.

Menurutnya, mangsa kemudian dibawa ke Unit Rawatan Rapi (ICU) untuk menerima rawatan lanjut kerana cedera di badan dan muka.

Katanya, kes masih dalam siasatan polis untuk tindakan selanjutnya.

- HMetro 

header ads
LAZADA 9.9

LAZADA 9.9E

50% Diskaun Bagi Barangan Pakaian

Nikmati potongan harga 50% bagi barangan pakaian dan nikmati potongan RM 15 percuma bagi pembelian pertama anda!

-->