About Me

7 dicekup asyik berjudi dalam bengkel besi


Alor Setar: Tindakan sekumpulan tujuh lelaki yang menjadikan bengkel besi di Pekan Tanah Merah, Pendang sebagai tempat bermain judi mengundang padah apabila mereka dicekup polis dalam serbuan, hari ini.

Serbuan pada 6 petang itu dilakukan sepasukan pegawai dan anggota dari Bahagian Maksiat, Perjudian dan Kongsi Gelap (D7) Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Kedah yang diketuai Inspektor Mohd Nasrul Hakimi.

Operasi turut dibantu pegawai dan anggota dari Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Pendang.

Ketua Polis Kedah, Datuk Kamarul Zaman Mamat berkata, modus operandi yang dilakukan mereka adalah dengan berjudi di sebalik kedai besi.

Beliau berkata, kesemua mereka yang ditahan adalah warga tempatan berusia antara 45 hingga 66 tahun.

"Turut dirampas satu set daun terup berwarna merah yang mengandungi 52 keping kad.

"Selain itu, wang tunai sebanyak RM4,250 dipercayai wang pertaruhan di atas meja turut dirampas," katanya.

Kamarul Zaman berkata, mereka turut didapati melanggar prosedur operasi standard (SOP) Pelan Pemulihan Negara (PPN).

Beliau berkata, kes disiasat mengikut Seksyen 6(1) Akta Rumah Judi Terbuka (ARJT) 1953 (Judi dalam bangunan) dan Peraturan 17 Peraturan Peraturan Pencegahan Dan Pengawalan Penyakit Berjangkit) (PPN (NO.2) 2021.

- HMETRO
header ads
LAZADA 9.9

LAZADA 9.9E

50% Diskaun Bagi Barangan Pakaian

Nikmati potongan harga 50% bagi barangan pakaian dan nikmati potongan RM 15 percuma bagi pembelian pertama anda!

-->