About Me

'Alhamdulillah adik ditemui selamat'


Kuala Lumpur: Remaja perempuan yang dilaporkan hilang ketika berjoging di Taman Ehsan Kepong di sini, semalam ditemui selamat di Bukit Rahman Putra, Sungai Buloh.

Kakaknya, Fatin Fazreen Mohd Fadhli, 20, berkata, adiknya, Fatin Faeeza, 18, ditemui orang awam pada 8 malam sebelum menghubungi keluarganya.

"Alhamdulillah adik sudah ditemui, sekarang berada di balai polis untuk siasatan lanjut sebelum dibenarkan pulang ke rumah.

"Adik ditemui selepas berjaya dihubungi sebelum menghantar lokasi kepada pihak keluarga dan dibantu orang awam," katanya ketika dihubungi hari ini.

Menurutnya, dia masih tidak tahu apa yang terjadi kepada adiknya kerana masih berada di balai polis.

Sebelum ini, Harian Metro melaporkan remaja berusia 18 tahun itu tidak pulang ke rumah selepas keluar berjoging.

- HMetro 

header ads
LAZADA 9.9

LAZADA 9.9E

50% Diskaun Bagi Barangan Pakaian

Nikmati potongan harga 50% bagi barangan pakaian dan nikmati potongan RM 15 percuma bagi pembelian pertama anda!

-->