About Me

Almy risau ibu, tujuh ahli keluarga positif COVID-19


KUALA LUMPUR: Lapan ahli keluarga termasuk ibu pelakon, Datin Almy Nadia di Balik Pulau, Pulau Pinang, disahkan positif COVID-19.

Perkara itu dikongsi isteri kepada Datuk Fizz Fairuz itu di Instagram (IG), hari ini.

Dalam hantaran itu, Almy memohon maaf kepada ibunya kerana tidak mampu berbuat apa-apa berikutan berjauhan.

Almy sebaliknya hanya mampu menitipkan doa agar ibu dan ahli keluarga segera sembuh.

Almy berkata, ahli keluarga yang disahkan positif adalah ibu, adik perempuan dan suaminya serta empat anak mereka. Turut dijangkiti virus berkenaan adalah anak angkat Almy berusia 12 tahun yang dipelihara ibu.

Bagaimanapun, bapa dan adik lelaki Almy tidak dijangkiti COVID-19 mengikut keputusan ujian calitan yang diterima, pagi tadi.

"Selepas anak angkat saya dan anak saudara diserang demam kira-kira lima hari lalu, ibu pula terkena gejala sama dan batuk.

"Semua ahli keluarga yang positif ditempatkan dalam sebuah bilik. Ayah dan adik lelaki menjadikan ruang tamu sebagai tempat tinggal sementara.

"Emak agak teruk berbanding ahli keluarga lain. Emak mengalami batuk yang teruk dan merasa ketat pada bahagian dada.

"Saya minta bapa awasi paras oksigen emak dan jika menurun, mereka perlu segera hubungi ambulans," katanya kepada BH Online.

Almy lega adik lelakinya disahkan negatif COVID-19 dan dapat membantu menyediakan keperluan ahli keluarga yang menjalani kuarantin kendiri di rumah.

"Adik lelaki keluar bekerja pagi tadi. Namun, sebaik keputusan ujian calitan diterima, dia diminta balik kerana bimbang jika menyebarkan virus di tempat kerja," katanya yang sedih sudah hampir dua tahun tidak dapat pulang menjenguk keluarganya di Balik Pulau.

- Berita Harian 
header ads
LAZADA 9.9

LAZADA 9.9E

50% Diskaun Bagi Barangan Pakaian

Nikmati potongan harga 50% bagi barangan pakaian dan nikmati potongan RM 15 percuma bagi pembelian pertama anda!

-->