About Me

“Ayah..Ayah..Kenapa Ayah Pergi.” Anak Menangis Sebaik Jenazah Bapa Lalu Depan Rumah


Tiada siapa pun yang mahukan perpisahan dengan insan tersayang sama ada pemergian ibu bapa, anak atau ahli keluarga terdekat. Namun andai takdir Allah, sebagai hambanya kena terima ketentuan ini dengan hati yang reda. Walaupun berat untuk menghadapi saat ini, hanya DIA lebih mengetahui.

Seperti video yang dimuat naik oleh seorang pengguna TikTok atas akaun Liza Naim, memaparkan situasi sedih empat beradik yang kehilangan bapa tercinta akibat wabak Covid.

@lizanaim93Ya allah 😭 , dugaan buat orang taman 😭sbb covid ..meninggal 4anak masih kecil😭♬ bunyi asal – liza naim
Walaupun masih kecil, ternyata anak-anak arwah sangat sedih pemergian ayah tersayang lagi-lagi tak dapat menatap wajah buat kali terakhir. Lagi sebak hilang ‘hero’ yang selama ini menjaga mereka dengan baik sekali.

Dalam paparan video itu, ramai yang sebak apabila mendengar tangisan dan panggilan anak-anak arwah dalam pagar rumah mereka sebaik van yang membawa jenazah arwah ayah mereka memperlahankan kenderaan sebelum berhenti sekejap di hadapan rumah.

Menurut perakam, jirannya itu mempunyai empat orang anak yang masih kecil namun dijemput Illahi sebaik dijangkiti Covid-19.

“Ayah.. Ayah.. Kenapa ayah pergi”…

Turut kelihatan kanak-kanak tersebut ditenangkan oleh penjaganya. Kejadian dikatakan berlaku di Taman Krubung Jaya, Melaka.

Semoga anak-anak arwah kuat

Menerusi ruangan komen, ramai yang sebak dan sedih dengan nasib yang menimpa anak-anak arwah. Difahamkan juga isteri arwah seorang surirumah.

Moga isteri dan anak-anakterus diberi kekuatan meneruskan hidup dan arwah ditempatkan dalam kalangan orang-orang yang beriman. Al-Fatihah.

Kredit: lizanaim93

C/p - majalahpama.my
header ads
LAZADA 9.9

LAZADA 9.9E

50% Diskaun Bagi Barangan Pakaian

Nikmati potongan harga 50% bagi barangan pakaian dan nikmati potongan RM 15 percuma bagi pembelian pertama anda!

-->