Bapa Ashraf Muslim meninggal dunia akibat Covid-19



Kuala Lumpur: Pelakon, Ashraf Muslim berkongsi berita duka pemergian bapanya, Muslim Bulat, 67, selepas berjuang melawan Covid-19 tahap lima. 


Dalam hantarannya di Instagram, Ashraf berkata bapanya meninggal dunia dalam keadaan tenang dan kematian disahkan pada jam 6.37 pagi tadi.


"Hari ini adalah hari paling sedih. Ayah dah meninggalkan kami dalam keadaan yang baik dan tenang. Mungkin itu yang terbaik untuk dia sebab Allah lebih sayangkan ayah daripada kami," tulisnya di Instagram. 


Dalam hantaran sama, Ashraf juga memohon maaf bagi pihak bapanya. 


"Saya sebagai anak sulung ingin memohon maaf atas segala kesilapan ayah saya yang pernah dilakukan sewaktu dia masih hidup. 


"Kalau ada hutang atau perkara yang masih belum diselesaikan, boleh hubungi saya. Insyaallah, sama-sama kita doakan semoga ayah ditempatkan di tempat yang istimewa di alam barunya bersama mereka yang beriman," tulisnya. 


Muslim disahkan dijangkiti Covid-19 tahap lima pada 17 September lalu dan dirawat di pusat perubatan di Petaling Jaya, Selangor. 


- HMetro 

LAZADA 11.11

LAZADA 11.11

50% Diskaun Bagi Barangan Pakaian

Nikmati potongan harga 50% bagi barangan pakaian dan nikmati potongan RM 15 percuma bagi pembelian pertama anda!

-->