About Me

Curi dua beg ketika jemaah wanita sujud


Kuala Terengganu: Polis sedang mengesan seorang lelaki yang melarikan dua beg milik jemaah wanita di Masjid Jamek Pengadang Baru, di sini, hari ini.

Kejadian dipercayai berlaku pada 6.20 pagi ketika jemaah wanita sedang menunaikan solat Subuh sebelum dikejutkan dengan kehadiran suspek yang menutup wajahnya menggunakan sehelai jaket.

Menurut sumber, suspek dipercayai memasuki kawasan solat jemaah wanita melalui pintu di sebelah kiri masjid.

"Berdasarkan rakaman kamera litar tertutup, suspek dikatakan berlegar-legar di belakang jemaah wanita sementara menunggu masa sesuai untuk melarikan beg milik jemaah.


"Perbuatan suspek disedari salah seorang mangsa yang kemudiannya cuba mengejar suspek, namun gagal," katanya.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Kuala Terengganu, Asisten Komisioner Abdul Rahim Md Din ketika dihubungi mengesahkan ada menerima laporan berhubung kejadian berkenaan.

Beliau berkata, siasatan lanjut sedang dijalankan mengikut Seksyen 380 Kanun Keseksaan kerana curi dalam bangunan.

"Orang ramai yang mempunyai maklumat berhubung kejadian berkenaan boleh menghubungi mana-mana balai polis berhampiran bagi membantu siasatan," katanya.

Terdahulu, tular satu video berdurasi 51 saat menunjukkan perbuatan suspek yang melakukan jenayah curi berkenaan.

- HMetro 
header ads
LAZADA 9.9

LAZADA 9.9E

50% Diskaun Bagi Barangan Pakaian

Nikmati potongan harga 50% bagi barangan pakaian dan nikmati potongan RM 15 percuma bagi pembelian pertama anda!

-->