About Me

Dua maut kemalangan dekat Kuala Kubu Bharu


Kuala Kubu Bharu: Dua lelaki maut, manakala seorang lagi lelaki parah selepas terbabit dalam kemalangan di Kilometer 406 Lebuhraya Utara Selatan, dekat sini, malam tadi.

Mangsa yang terbabit dalam kemalangan itu adalah Mohd Rafide Mohd Sharkawi, 35; Ahmad Fakrullah Ali Affendi, 28, dan Nooramirul Nizam Mohd Amir, 29.

Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Selangor Norazam Khamis berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan berhubung kejadian itu, jam 10.12 malam tadi.

"Seramai lapan anggota bersama beberapa jentera dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Kuala Kubu Bharu dikejarkan ke lokasi kejadian.

"Sebaik tiba, anggota bertugas melakukan pemeriksaan di lokasi dan mendapati berlaku kemalangan membabitkan tiga motosikal serta tiga mangsa lelaki," katanya dalam kenyataan, hari ini.

Norazam berkata, pemeriksaan awal dilakukan mendapati dua daripada tiga mangsa berkenaan disahkan meninggal dunia di lokasi kejadian.

"Seorang lagi mangsa dilaporkan parah dan dikejarkan ke Hospital Slim River oleh pihak Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM).

"Dua mangsa yang meninggal dunia diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan lanjut," katanya.

- HMetro 
header ads
LAZADA 9.9

LAZADA 9.9E

50% Diskaun Bagi Barangan Pakaian

Nikmati potongan harga 50% bagi barangan pakaian dan nikmati potongan RM 15 percuma bagi pembelian pertama anda!

-->