About Me

Fasa 1 Bantuan Khas Covid-19 'masuk' Isnin ini


Kuala Lumpur: Proses pengkreditan Fasa 1 Bantuan Khas Covid-19 (BKC) akan bermula 6 September ini dan dijangka selesai pada 10 September, kata Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob.

Menurutnya, beliau mengambil maklum isu kelewatan pembayaran BKC dan mengarahkan Kementerian Kewangan menyegerakan pembayaran itu yang membabitkan dana RM3.1 bilion.

"Hari ini dana berjumlah RM3.1 bilion telah disalurkan kepada institusi perbankan yang berkaitan dan proses pengkreditan fasa satu akan bermula 6 September.

"BKC akan memanfaatkan seramai 10 juta penerima yang terdiri daripada kategori miskin tegar, golongan B40 dan M40 serta bujang yang berkelayakan," katanya dalam kenyataan hari ini.

Ismail Sabri berkata, BKC adalah sebahagian daripada inisiatif Pakej Perlindungan Rakyat dan Pemulihan Ekonomi (Pemulih), selain bayaran tambahan kepada pakej rangsangan ekonomi.

"Pembayaran seterusnya akan dilaksanakan mengikut jadual yang telah ditetapkan," katanya.

Pada 28 Jun lalu, kerajaan mengumumkan Pakej Pemulih sebagai antara inisiatif pemberian bantuan menyeluruh kepada rakyat dalam mengharungi kesan akibat pandemik Covid-19.

Menurutnya, beliau berharap pembayaran PKC sedikit sebanyak mampu meringankan beban rakyat yang terkesan akibat Covid-19 dan kerajaan akan terus komited memastikan kesejahteraan Keluarga Malaysia terutama kumpulan sasar.

BKC layak diterima golongan miskin tegar dan B40 dengan jumlah pendapatan isi rumah/ warga emas RM5,000 dan ke bawah, manakala bujang berpendapatan RM2,500 ke bawah.

Kriteria semakan kelayakan bagi golongan M40 pula adalah yang melaporkan cukai pendapatan dengan jumlah pendapatan RM5,001 hingga RM9,000 untuk isi rumah dan RM2,501 hingga RM5,000 untuk bujang.

Kategori miskin tegar bagi isi rumah akan menerima RM1,300 yang dibayar menerusi tiga fasa; warga emas sebatang kara (RM500) dan bujang (RM500) masing-masing dibayar mengikut dua fasa.

Bagi kategori B40 untuk isi rumah akan menerima RM800 (dibayar dua fasa), warga emas sebatang kara (RM200) dan bujang (RM200), manakala kategori M40, isi rumah layak menerima RM250, warga emas sebatang kara (RM100) dan bujang (RM100).

- HMetro 
header ads
LAZADA 9.9

LAZADA 9.9E

50% Diskaun Bagi Barangan Pakaian

Nikmati potongan harga 50% bagi barangan pakaian dan nikmati potongan RM 15 percuma bagi pembelian pertama anda!

-->