Kereta dinaiki pelawak langgar penghantar makanan



Johor Bahru: Kereta dinaiki pelawak lelaki terbabit kemalangan dengan sebuah motosikal penghantar makanan di Jalan Perniagaan Setia Utama, di sini, malam tadi.


Ketua Polis Daerah Johor Bahru Selatan, Asisten Komisioner Raub Selamat berkata, dalam kejadian 12.43 tengah malam itu, pelawak dan pemandu wanita berusia 33 tahun yang memandu Hyundai Elantra tidak mengalami sebarang kecederaan.


Katanya, siasatan awal mendapati kereta itu membelok ke simpang sebelah kanan jalan dan dilanggar motosikal jenis Yamaha 15ZR dari arah laluan bertentangan.


"Penunggang motosikal mengalami luka di muka dan menerima rawatan sebagai pesakit luar di Hospital Sultan Ismail (HSI).


"Siasatan polis mendapati pemandu kereta terbabit memandu secara cuai semasa hendak membelok masuk simpang," katanya ketika dihubungi di sini hari ini.


Menurutnya, saman dikeluarkan ke atas pemandu kereta terbabit di bawah Rule 3(2)(B) LNN166/59.


- HMetro 

LAZADA 11.11

LAZADA 11.11

50% Diskaun Bagi Barangan Pakaian

Nikmati potongan harga 50% bagi barangan pakaian dan nikmati potongan RM 15 percuma bagi pembelian pertama anda!

-->