About Me

Lelaki berpakaian wanita kena cekup


Kuantan: Enam lelaki termasuk lima warga asing yang berpakaian wanita ditahan dalam `Op Pasar' di sekitar bandar raya ini, malam tadi.

Dalam operasi dari 3.30 petang hingga 7 malam itu, mereka yang berumur antara 30 dan 35 tahun ditahan di sekitar lorong pasar dan Jalan Wong Ah Jang.

Timbalan Ketua Polis Daerah Kuantan Superintendan Muhammed Rizal Kamarudin berkata, operasi itu dilakukan hasil daripada maklumat awam membabitkan perlakuan lelaki berpakaian wanita.

Katanya, hasil daripada operasi terbabit, enam lelaki termasuk lima warga asing ditahan walaupun mereka cuba melarikan diri.

"Ada antara mereka melarikan ke bahagian bumbung bangunan tetapi berjaya ditahan dan tiada kecederaan dilaporkan.

"Siasatan awal mendapati lelaki tempatan yang ditahan mempunyai rekod lampau berkaitan berpakaian wanita.

"Lima warga asing itu pula bukan sahaja melakukan kesalahan berpakaian wanita, malah tiada dokumen pengenalan diri dan tinggal melebihi tempoh di negara ini.

"Mereka yang berpakaian menyerupai wanita dipercayai sedang menunggu pelanggan bagi aktiviti tidak bermoral di sekitar kawasan terbabit," katanya kepada pemberita di sini, malam tadi.

Operasi membabitkan seramai 30 pegawai dan anggota dari Ibu Pejabat Polis Daerah Kuantan, Jabatan Imigresen Malaysia Pahang dan Majlis Bandaraya Kuantan.

Beliau berkata, kesemua suspek akan disiasat mengikut Seksyen 14 Akta Kesalahan-Kesalahan Kecil 1955.

Katanya, lima lagi warga asing turut disiasat mengikut Seksyen 61 (1) (c) Akta Imigresen kerana tiada pas perjalanan dan Seksyen 15 (1)(c) kerana tinggal melebihi tempoh.

"Lima warga asing itu diserahkan kepada Jabatan Imigresen Malaysia untuk tindakan lanjut," katanya.

- HMetro 
header ads
LAZADA 9.9

LAZADA 9.9E

50% Diskaun Bagi Barangan Pakaian

Nikmati potongan harga 50% bagi barangan pakaian dan nikmati potongan RM 15 percuma bagi pembelian pertama anda!

-->