Mengaku tidak bersalah bakar pondok bit polis


Kota Bharu: Seorang buruh mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen di sini, hari ini, terhadap pertuduhan membakar pondok bit Polis Diraja Malaysia (PDRM) di Jelawat dekat Bachok, dua minggu lalu.

Tertuduh, Mohd Zamri Mohd Zakariyah, 35, membuat pengakuan itu selepas pertuduhan dibacakan di hadapan Hakim Ahmad Bazli Bahruddin.

Mengikut pertuduhan, tertuduh didakwa melakukan khianat dengan api dengan cara membakar pondok bit PDRM bertempat di pondok bit PDRM di Jelawat, Bachok, jam 2.20 pagi, 11 September 2021.

Atas kesalahan itu, lelaki berkenaan didakwa mengikut Seksyen 436 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara sehingga 20 tahun dan juga denda.

Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya, Fariz Abd Ghani dan tertuduh diwakili peguam bela, Syed Muhammad Syafiq Syed Abu Bakar dan Husni Mubarak.

Terdahulu, Fariz dalam pendakwaan menawarkan jaminan sebanyak RM10,000 dengan seorang penjamin dan memohon satu tarikh untuk serahan dokumen.

Bagaimanapun, Syed Muhammad Syafiq memohon satu jumlah jaminan yang minimum kerana tertuduh yang masih bujang hanya bekerja sebagai buruh dengan gaji RM60 sehari.

"Lelaki itu juga menanggung seorang ayah yang sudah berusia dan keluarganya juga turut hadir pada hari ini. Jaminan ini, anak guam saya tidak akan lari dan akan hadir pada tarikh sebutan semula kes," katanya.

Mahkamah membenarkan tertuduh dijamin sebanyak RM8,000 dengan seorang penjamin dan menetapkan 27 Oktober sebagai tarikh sebutan semula kes serta serahan dokumen.

- HMetro 

LAZADA 11.11

LAZADA 11.11

50% Diskaun Bagi Barangan Pakaian

Nikmati potongan harga 50% bagi barangan pakaian dan nikmati potongan RM 15 percuma bagi pembelian pertama anda!

-->