About Me

Pakcik tular menangis ratapi pemergian isteri turut meninggal dunia selang 4 hari


Sebelum ini, tular di media sosial terutamanya di aplikasi TikTok memperlihatkan seorang lelaki warga emas menangis diatas pemergian isterinya beberapa hari lepas.

Perkara tersebut dimuat naik oleh anak saudara lelaki itu dikenali sebagai @dayahzulrimi dan mendapat perhatian ramai kerana turut berasa sebak melihat betapa cintanya seorang suami kepada isterinya hingga akhir hayat.

Pergi selang 4 hari kematian isteri

Namun begitu, khabar duka kembali diterima oleh keluarga @dayahzulrimi apabila bapa saudaranya itu pula turut menyusul pemergian isterinya selepas 4 hari memakamkan wanita tersebut.

Dalam muat naik yang dilakukan pengguna TikTok itu, dia menulis “Al-Fatihah pok saudara ku, baru kehilangan isteri. Sekarang pok pulaok yang pergi…”

Sebak dengar suara anak arwah

Selain itu, @dayahzulrimi turut berkongsi perbualan WhatsApp ahli keluarganya dengan menberikan kata-kata semangat kepada anak sulung Allahyarham yang secara tiba-tiba kehilangan kedua-dua orang tuanya dalam masa yang singkat.

Doakan anak2 Allahyarham terus kuat

Susulan daripada perkongsian tersebut, rata-rata warganet telah meninggalkan komen dengan mengakui berasa terkejut mendengar khabar sedih berkenaan.

Walau bagaimanapun, masing-masing tetap berharap agar ahli keluarga yang ditinggalkan terus kuat dan tabah dalam menerima takdir ini serta berdoa supaya roh pasangan suami isteri itu terus dicucuri rahmat.

Tak sangka dia menyusul begitu cepat
Salam takziah buat ahli keluarga
Baru je rasanya tengok video arwah menangis
Semoga anak saudara terus bersabar dengan ujian
Setia bersama hingga hujung nyawa
Sumber: TikTok @dayahzulrimi

C/p - ohmymedia.cc 
header ads
LAZADA 9.9

LAZADA 9.9E

50% Diskaun Bagi Barangan Pakaian

Nikmati potongan harga 50% bagi barangan pakaian dan nikmati potongan RM 15 percuma bagi pembelian pertama anda!

-->