About Me

Pemandu MyVi remuk dihentam lori kongsi pengalaman ngeri


Pemandu MyVi remuk dihentam lori kongsi pengalaman ngeri. Lori pasir yang merempuh 5 buah kenderaan di persimpangan lampu isyarat di Jalan Ipoh dua hari lalu sememangnya menggemparkan negara.

Paling diingati sudah tentu kondisi sebuah Perodua Myvi berwarna kuning yang remuk teruk.

Difahamkan, pemandu Perodua Myvi berkenaan berjaya dikeluarkan dari kereta atas bantuan orang ramai. Mangsa juga berada dalam keadaan selamat dan hanya mengalami cedera ringan.

Oleh itu, menerusi TikTok seorang pengguna dikenali sebagai @firdaushshm, dia telah memuat naik perbualan dengan mangsa kemalangan tersebut yang menceritakan kondisinya sekarang.

Menurut lelaki itu yang dikenali sebagai Nik Adlee, dia telah menerima rawatan di hospital dan mengalami sedikit luka namun telah dijahit. Dia juga mengalami patah hidung dan mukanya bengkak sedikit susulan airbag pecah disebabkan hentakan kuat.

Bersyukur saangat masih selamat

Nik Adlee mengakui sangat bersyukur umurnya masih panjang kerana kemalangan tersebut begitu mengerikan. Dia sempat menafikan dakwaan keretanya tidak mempunyai airbag seperti yang tular di media sosial baru-baru ini.

Lelaki itu memaklumkan berasa lega kerana keretanya tidak meletup walaupun Myvi yang dipandunya sudah remuk teruk.

Badan masih sakit2 kesan dari kemalangan

Setakat ini badannya masih berasa sakit kesan daripada kemalangan tersebut. Tambahnya, hanya bahagian pemandu sahaja yang tidak remuk kerana keretanya sudah total lost. Ia merupakan satu keajaiban dan sangat bersyukur Allah masih menyelamatkannya.

Ditanya tentang pemandu lori yang dipercayai dibawah pengaruh dadah, Nik Adlee memaklumkan yang dia tidak tahu lagi dan baru berpeluang untuk membuat laporan polis selepas discharge dari hospital.

Berita Penuh : https://ohmymedia.cc/bersyukur-masih-selamat-pemandu-myvi-remuk-dihentam-lori-buka-cerita/
header ads
LAZADA 9.9

LAZADA 9.9E

50% Diskaun Bagi Barangan Pakaian

Nikmati potongan harga 50% bagi barangan pakaian dan nikmati potongan RM 15 percuma bagi pembelian pertama anda!

-->