About Me

Perempuan yang curang lelaki pula yang minta maaf


PETALING JAYA – Seorang lelaki yang telah menangkap kekasih hatinya berlaku curang terhadap dirinya telah tampil memohon maaf kerana mengaibkan pasangan tersebut hari ini.

Menerusi perkongsian oleh penyanyi Caprice di laman sosial Instagram miliknya hari ini, seorang lelaki telah memohon maaf dan meminta orang ramai agar segera memadam video yang telah tular semalam.

“Assalamualaikum, saya pemuda yang telah ‘viral’ kan kes curang Myvi biru tersebut, saya ingin memohon maaf pada semua pihak.

“Kami telah menyelesaikan dengan cara yang lebih baik, saya harap orang ramai berhenti mengecam pasangan tersebut dan segera memadam video itu,” katanya di dalam video itu.

Susulan daripada perkongsian video maaf itu, orang ramai berasa simpati dengan lelaki itu kerana berani tampil memohon maaf walaupun dirinya telah disakiti.

“Kenapa lelaki ini yang minta maaf, sedangkan pasangan dia yang buat hal,” kata Syuad Salleh.

“Steady Bro, walaupun bukan salah awak tapi tetap tampil minta maaf,” jelas Firdaus Sayadi.

“Dia tengah sedih, tapi tetap minta maaf sebab fikir malu orang lain,” ujar Ahmad Shafiq.

Terdahulu tular sebuah video di media sosial memaparkan seorang lelaki telah menangkap wanita dipercayai kekasihnya yang keluar bersama lelaki lain.

- Kosmo 
header ads
LAZADA 9.9

LAZADA 9.9E

50% Diskaun Bagi Barangan Pakaian

Nikmati potongan harga 50% bagi barangan pakaian dan nikmati potongan RM 15 percuma bagi pembelian pertama anda!

-->