About Me

PKPD di Kuala Kedah lebih ketat


ALOR SETAR – Kawalan di dua zon mukim Kuala Kedah di sini yang terlibat dengan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) bermula hari ini hingga 19 September depan akan dilakukan lebih ketat berbanding PKPD Kota Setar pada Mei lalu.

Ketua Polis Daerah Kota Setar, Asisten Komisioner Ahmad Shukri Mat Akhir berkata, kawalan dan pemeriksaan dilakukan lebih ketat berikutan jumlah jangkitan kes Covid-19 dilaporkan tinggi di zon terlibat.

Menurutnya, tugasan tersebut melibatkan laluan keluar dan masuk di kawasan terlibat dan snap check pula dilakukan di jalan darat dan laut sepanjang tempoh dua minggu itu.

“Dua sekatan jalan raya (SJR) bagi mengawal keluar dan masuk dilaksanakan di Jalan Kuala Kedah dan Kubang Rotan manakala lapan jalan ditutup,” katanya pada sidang akbar di SJR di Kuala Kedah di sini tengah malam tadi.

Menurutnya, antara jalan yang ditutup ialah Jalan Kampung Baru, Jalan Kampung Layang Utara, persimpangan Jalan Kampung Padang, Jalan Kota Marina, Jalan Kampung Tepi Laut, Jalan Taman Bahtera, Lorong Mayat dan Jalan Kubang Rotan.

Pada masa sama, katanya, pengawasan di laut pula dikendalikan Pasukan Polis Marin (PPM) dan Maritim Malaysia (APMM). 

– K! ONLINE
header ads
LAZADA 9.9

LAZADA 9.9E

50% Diskaun Bagi Barangan Pakaian

Nikmati potongan harga 50% bagi barangan pakaian dan nikmati potongan RM 15 percuma bagi pembelian pertama anda!

-->