About Me

Rumah, kenderaan rosak tanah runtuh di Kampung Madsiang


PENAMPANG – Hujan lebat sejak enam jam lalu mengakibatkan kejadian tanah runtuh di Kampung Madsiang petang ini.

Penolong Pengarah Bahagian Operasi Balai Bomba Penampang, Misran Bisara ketika dihubungi mengesahkan kejadian terbabit.

“Kita sudah mengarahkan pasukan Unit Anjing Pengesan (K9) ke lokasi kejadian. Bagaimanapun, saya dimaklumkan setakat ini anggota bomba dan pasukan K9 kini masih terkandas dan belum sampai ke lokasi berikutan terdapat beberapa masalah laluan tidak boleh dilalui,” katanya.

Terdahulu, terdapat dua video tular memaparkan kejadian tanah runtuh yang mengakibatkan sebuah rumah hampir ranap dipercayai berlaku di Kampung Madsiang, Penampang.

Kejadian terbabit turut menyebabkan beberapa kenderaan penduduk rosak teruk.

Dalam video berdurasi 29 dan 48 saat turut memaparkan situasi beberapa individu termasuk dua kanak-kanak diselamatkan orang awam dalam kejadian berkenaan.

-K! ONLINE
header ads
LAZADA 9.9

LAZADA 9.9E

50% Diskaun Bagi Barangan Pakaian

Nikmati potongan harga 50% bagi barangan pakaian dan nikmati potongan RM 15 percuma bagi pembelian pertama anda!

-->