About Me

Sempat menghubungi 999 sebelum meninggal dunia


Alor Setar: Lelaki sempat menghubungi talian kecemasan 999 sebelum rebah dan meninggal dunia di laluan pejalan kaki masuk ke pasar pagi bersebelahan sebuah pasar raya di Taman Anggerik, di sini hari ini.

Ketua Polis Daerah Kota Setar, Asisten Komisioner Ahmad Shukri Mat Akhir berkata, lelaki terbabit, Haslimi Yusof, berusia lewat 40-an beralamat di Kuala Kedah itu dikatakan mengalami sesak nafas di tempat kejadian.

Beliau berkata, mangsa disahkan meninggal dunia oleh pasukan perubatan dari Hospital Sultanah Bahiyah (HSB) yang tiba di lokasi pada 6 pagi.

"Berdasarkan keterangan waris mangsa dan saksi di lokasi kejadian serta siasatan, pihak polis tidak mengesyaki ia membabitkan sebarang motif jenayah.

"Mayat mangsa dibawa ke Jabatan Perubatan Forensik HSB untuk swab ujian saringan Covid19," katanya dalam kenyataan hari ini.

Ahmad Shukri berkata, mangsa sudah berkahwin dan hasil siasatan awal mendapati dia mengalami sesak nafas di lokasi kejadian.

Beliau berkata, kes diklasifikasikan sebagai mati mengejut.

- HMetro 
header ads
LAZADA 9.9

LAZADA 9.9E

50% Diskaun Bagi Barangan Pakaian

Nikmati potongan harga 50% bagi barangan pakaian dan nikmati potongan RM 15 percuma bagi pembelian pertama anda!

-->