About Me

SPAN buru lelaki pijak meter paip sampai pecah


PETALING JAYA – Suruhanjaya Perkhidmatan Air Negara (SPAN) sedang mengesan seorang lelaki yang sengaja merosakkan meter paip di hadapan sebuah kedai baru-baru ini.

Sebuah klip video berdurasi 19 saat yang dimuat naik di laman Facebook SPAN memaparkan seorang lelaki bersama seorang wanita sedang berjalan di kaki lima kedai sebelum lelaki terbabit secara tiba-tiba memijak meter paip di hadapan sebuah kedai sehingga pecah.

Katanya, perbuatan vandalisme terhadap fasiliti bekalan air adalah satu kesalahan jenayah di bawah Akta Industri Perkhidmatan Air 2006 (Akta 655).

“Jika sabit kesalahan pelaku boleh dikenakan hukuman denda atau penjara melalui Seksyen 122 (1)(a) Akta 655 dan juga perlu menanggung sepenuhnya segala kos baik pulih kepada pihak operator air,” katanya di sini hari ini.

Orang ramai yang mempunyai maklumat berhubung kejadian seumpama itu diminta membuat laporan kepada operator bekalan air berdekatan atau menyalur maklumat kepada Unit Penguatkuasaan SPAN melalui aplikasi WhatsApp di nombor 013-388 5000 atau melalui e-mel di aduan@span.gov.my,” ujarnya. 

– K! ONLINE
header ads
LAZADA 9.9

LAZADA 9.9E

50% Diskaun Bagi Barangan Pakaian

Nikmati potongan harga 50% bagi barangan pakaian dan nikmati potongan RM 15 percuma bagi pembelian pertama anda!

-->