About Me

'Tolong bantu biayai pembedahan selamatkan anak saya'


Kuala Lumpur: Seorang ibu hanya sempat melihat bayinya sihat selama sebulan sebelum diuji dengan keadaan anak kesayangannya yang lemah akibat komplikasi jantung yang dihidapi.

Sandra Sinda, 37, mengakui terkejut apabila dimaklumkan anaknya, Vanessa Mark yang baru berusia tiga bulan mempunyai masalah kesihatan pada Julai lalu.

Katanya, dia kini hanya berserah kepada Tuhan untuk memelihara dan menyembuhkan anak sulungnya itu.

"Saya memang terkejut, tak tahu nak cakap apa selepas doktor mengesan pernafasan anak saya laju.


"Selepas dirujuk dari Hospital Serian ke Hospital Umum Sarawak, doktor maklumkan anak saya menghidap masalah jantung dan perlu segera dirujuk ke Hospital Gleneagles, Kuala Lumpur kerana keadaan yang semakin kritikal," katanya di sini, hari ini.

Dia dan suaminya, Mark Ano, 35, sangat berharap Vanessa dapat membesar seperti kanak-kanak lain namun, sedar kos pembedahan tinggi yang mungkin menyulitkan keadaan.

Mark berkata, mereka berharap bantuan orang ramai untuk membiayai kos pembedahan itu yang akan dijalankan tidak lama lagi.

Katanya, dia bekerja sendiri hanya bergantung kepada pendapatan yang tidak menentu, iaitu sekitar RM1,500 sebulan, sedangkan kos pembedahan Vanessa mencecah RM90,000.

"Saya juga tidak ada simpanan yang banyak. Nak harapkan keluarga, mereka juga hanya bekerja kampung dan hidup susah.

"Jadi saya mengharapkan bantuan orang ramai untuk membantu membiayai pembedahan bagi menyelamatkan anak saya," katanya.

Orang ramai yang ingin menghulurkan bantuan boleh menyalurkan sumbangan menerusi akaun Media Prima - NSTP Humanitarian Fund (Maybank 514105323170) atau melalui cek disertai nama pesakit Vannessa Anak Mark.

Cek boleh dihantar ke Jabatan Komunikasi Korporat Media Prima, Balai Berita, 31, Jalan Riong, 59100, Kuala Lumpur atau hubungi talian 03-24278678.

- HMetro 
header ads
LAZADA 9.9

LAZADA 9.9E

50% Diskaun Bagi Barangan Pakaian

Nikmati potongan harga 50% bagi barangan pakaian dan nikmati potongan RM 15 percuma bagi pembelian pertama anda!

-->