Adegan terlampau dalam Myvi



PETALING JAYA – Sebelum ini kereta Perodua Myvi sering terkait dengan pelbagai kontroversi dan kesalahan di atas jalan raya.


Bagaimanapun baru-baru ini, kereta yang digelar ‘king’ sekali lagi terpalit dengan satu kontroversi memperlihatkan sepasang individu di dalam kereta perodua Myvi dipercayai melakukan satu adegan yang tidak bermoral.


Tindakan pasangan tersebut mengundang persoalan orang ramai kerana kelakuan itu dipercayai seakan-akan aksi seks dan menjadi satu kesalahan yang besar apabila melakukan perbuatan terkutuk itu di tempat terbuka.


Menerusi perkongsian gambar oleh Jabatan Netizen Malaysia di Twitter, ‘king’ Myvi itu dipercayai sedang berhenti di sebuah kawasan lampu isyarat lalu pasangan tersebut didakwa melakukan aksi yang tidak senonoh itu.


Perkongsian tersebut mendapat perhatian orang ramai dan rata-rata pengguna media sosial memberikan pelbagai reaksi.


Salah seorang pengguna @Abdull Majas berkata, tindakan pasangan tersebut sangat-sangat tidak bermoral apabila mereka berani untuk melakukan aksi seperti itu di khalayak ramai.


“Jika betul apa yang dilakukan oleh pasangan itu, ia merupakan satu perbuatan yang sangat jijik lagi-lagi apabila melakukan aksi seperti itu di tempat terbuka,” jelasnya.


Sementara itu, @Fareza Rodza berkata, dia tidak mahu menjatuhkan hukum pada pasangan Myvi tersebut, tetapi jika apa yang dilakukan oleh mereka itu benar harap pasangan tersebut segera bertaubat.


“Saya tak nak menuduh atau menjatuhkan hukum ke atas mereka sebab takut nanti jadi satu fitnah, tetapi jika betul apa yang mereka buat berdasarkan komen yang saya lihat, saya harap mereka segera bertaubat,” ujarnya 


– K! ONLINE.

LAZADA 11.11

LAZADA 11.11

50% Diskaun Bagi Barangan Pakaian

Nikmati potongan harga 50% bagi barangan pakaian dan nikmati potongan RM 15 percuma bagi pembelian pertama anda!

-->