Bakar rumah: Suspek minta wang untuk beli telefon



KLANG – Tindakan seorang lelaki membakar rumah keluarga di Jalan Iskandar, Kampung Bukit Kapar lebih kepada masalah keluarga berhubung wang.


Ketua Polis Daerah Klang Utara, Asisten Komisioner S. Vijaya Rao berkata, wang yang diminta oleh suspek adalah demi kegunaan harian selepas keluar daripada penjara akibat kesalahan dadah.


Difahamkan wang tersebut adalah bagi membeli telefon bimbit.


“Hasil ujian air kencing suspek mendapati negatif. Kita sedang melengkapkan kertas siasatan sebelum diserahkan kepada pihak pendakwaan untuk tindakan lanjut.


“Kes disiasat mengikut Seksyen 435 Kanun Keseksaan,” katanya ketika dihubungi Kosmo! hari ini.


Kosmo! difahamkan suspek adalah seorang duda dan tidak mempunyai sebarang anak hasil perkahwinan sebelum ini.


Kosmo! semalam melaporkan, seorang bekas banduan yang baharu seminggu keluar daripada penjara tergamak membakar rumah keluarganya di Jalan Iskandar, Kampung Bukit Kapar di sini selepas berang apabila tidak diberikan wang kelmarin. 


-K! ONLINE

LAZADA 11.11

LAZADA 11.11

50% Diskaun Bagi Barangan Pakaian

Nikmati potongan harga 50% bagi barangan pakaian dan nikmati potongan RM 15 percuma bagi pembelian pertama anda!

-->