Cinta tiga segi punca wanita dibunuh



Kajang: Cinta tiga segi dipercayai menjadi motif pembunuhan seorang wanita warga Indonesia yang ditemui mati tidak berpakaian dan diselimuti kain dalam kedai makan di Bandar Rinching, Semenyih, Selasa lalu.


Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Selangor Senior Asisten Komisioner Nik Ezanee Mohd Faisal berkata, pihaknya menahan empat lelaki membabitkan tiga warga asing serta seorang warga tempatan dalam serbuan di sekitar daerah ini, kelmarin.


"Dalam serbuan itu, kami menahan tiga lelaki warga asing serta seorang lelaki tempatan masing-masing berusia 40-an bagi membantu siasatan kes berkenaan.


"Selain itu, kami turut menahan dua lelaki warga asing termasuk seorang suspek utama masing-masing berusia 40-an dalam serbuan di Bandar Baru Bangi, semalam," katanya ketika dihubungi, hari ini.


Nik Ezanee berkata, semua suspek yang ditahan dipercayai adalah rakan kepada mangsa wanita berkenaan berusia awal 50-an.


"Hasil siasatan awal dilakukan, kami percaya kejadian ini bermotifkan cinta tiga segi. Bagaimanapun, siasatan lanjut berhubung perkara itu sedang dijalankan.


"Kes itu disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana membunuh," katanya.


Sebelum ini, Harian Metro melaporkan wanita berkenaan ditemui mati dalam keadaan tidak berpakaian dan diselimuti kain dalam kedai makan di Bandar Rinching, Semenyih, pada Selasa lalu.


- HMetro 

LAZADA 11.11

LAZADA 11.11

50% Diskaun Bagi Barangan Pakaian

Nikmati potongan harga 50% bagi barangan pakaian dan nikmati potongan RM 15 percuma bagi pembelian pertama anda!

-->