Ezlynn berhajat nak lengkapkan 'madu 4' buat suami!



Kuala Lumpur: Selepas mengumumkan perkahwinannya dengan penderma hati pertama negara Wan Mohd Hafizam Wan Ismail pada 11 September lalu, penyanyi Ezlynn tampil pula memberitahu dia mahu mencari madu atau 'isteri baharu' untuk suaminya lagi.


Ezlynn, 39, atau nama sebenarnya Azline Ariffin yang dihubungi berkata, keputusan itu dibuat kerana dia terlalu menyintai suaminya, selain mahu mencari 'saham akhirat'.


"Dalam Islam pun membolehkan lelaki berkahwin empat. Saya nak cukupkan suami saya ada empat isteri. Kalau ada yang sanggup bermadu dengan saya, boleh terus mesej di Instagram.


"Kita hidup hanya sementara, mesti kena gembira. Jom mengorak langkah menuju 'jannah' (syurga). Saya mengangkat sunnah Rasullullah SAW, dan saya yakin boleh hidup bermadu," katanya berterus terang kepada Harian Metro.


Penyanyi lagu Hi Hi Bye Bye ini mengakui, dia sudah mula bertanyakan beberapa orang individu dan ada yang sudah bersetuju untuk menjadi madu baharunya.


"Cuma saya masih lagi cari yang sesuai untuk dia. Suami memang tahu berkenaan perkara ini kerana saya mengutarakan 'hajat' dan kami sudah bincang mengenainya.


"Sebab itulah saya putuskan nak cari madu yang baik dan sesuai, yang sudi terima saya sebagai madu juga.


 "Maksudnya berkahwin dengan saya sekalilah dan bukan dengan suami saja. Sebabnya, nanti banyak perkara perlu dilakukan oleh kami bersama," katanya.  


Ezlynn berkata, mereka mengangkat sunnah Rasullullah SAW dan dia amat mementingkan kebahagiaan suaminya.


"Kebahagian suami penting bagi saya. Dalam dunia ini saya dah tak perlu apa-apa lagi. Saya nak cari saham akhirat saja.


"Mana-mana yang boleh saya dapat reda Allah dan 'syafaat Rasulullah', saya akan ikut. Inilah hadiah buat suami saya," katanya. 


Ezlynn sebelum ini berkata, Wan Hafizam, 45, memiliki ciri-ciri lelaki idamannya, kerana dia mencari seorang imam dalam hidupnya.


"Saya tertarik dengannya sebab hatinya. Dia orang yang hebat bagi saya dan tak berkira serta banyak membantu orang. Dia bukannya buat untuk dunia, tapi lebih kepada akhirat," katanya.

Detik perkenalan Ezlynn dan suami, Wan Hafizam bermula apabila sama-sama terbabit dalam aktiviti amal dalam sebuah badan bukan kerajaan (NGO) pada tahun lalu.


- HMetro 

LAZADA 11.11

LAZADA 11.11

50% Diskaun Bagi Barangan Pakaian

Nikmati potongan harga 50% bagi barangan pakaian dan nikmati potongan RM 15 percuma bagi pembelian pertama anda!

-->