Ganggu ketenteraman awam dan buat khianat, pelajar tahfiz ditahan



Ganggu ketenteraman awam dan buat khianat, pelajar tahfiz ditahan. Seorang pelajar tahfiz ditahan selepas dipercayai mengganggu ketenteraman awam dan melakukan perbuatan khianat di Kampung Mang Baru, Kota Samarahan, Sarawak, Ahad lalu.


Ketua Polis Daerah Samarahan Deputi Superintendan Sudirman Kram berkata, pihaknya menerima panggilan dari orang awam berkaitan kejadian melibatkan pelajar tahfiz tersebut pada jam 9.26 pagi.


Menurutnya, pihak polis yang ke lokasi kejadian kemudiannya membuat tangkapan semula ke atas seorang lelaki berusia 25 tahun.


“Berkaitan kejadian ini, dua laporan polis telah diterima daripada orang awam, iaitu jam 10 pagi oleh pengadu yang melaporkan ketika dia sedang memandu kereta jenis Perodua Bezza melalui jalan raya di kampung tersebut, kenderaannya ditendang di bahagian kiri kereta oleh suspek dan mengalami kerosakan.


“Sebelum suspek membuat perbuatan khianat terhadap mangsa terbabit, suspek telah didakwa masuk ke dalam sebuah kedai runcit yang terletak berhampiran tempat kejadian jam 9.15 pagi dan kemudiannya membuat kecoh di dalam premis tersebut dengan membuat provokasi terhadap pekerja di situ,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.


Beliau berkata, suspek telah ditahan oleh orang awan sebelum diserahkan kepada pihak polis.


Katanya, ujian saringan awal air kencing yang dibuat terhadap suspek mendapatinya negatif dadah.


“Satu kertas siasatan telah dibuka di bawah Seksyen 427 Kanun Keseksaan di mana jika disabit bersalah membawa hukuman penjara selama dua tahun atau denda, atau kedua-dua sekali,” katanya.


Sumber : https://malaysiapost.com.my/2021/10/12/pelajar-tahfiz-ditahan-ganggu-ketenteraman-awam-khianat/

C/p - mhdaily.net

LAZADA 11.11

LAZADA 11.11

50% Diskaun Bagi Barangan Pakaian

Nikmati potongan harga 50% bagi barangan pakaian dan nikmati potongan RM 15 percuma bagi pembelian pertama anda!

-->