Haneesya Hanee kemalangan, mujur tak cedera kereta dirempuh lori



Kuala Lumpur: Kenderaan yang dinaiki pelakon Haneesya Hanee, 21, dirempuh sebuah lori seberat tiga tan ketika dalam perjalanan ke set penggambaran semalam.


Haneesya atau nama sebenarnya, Sharifah Haneesya Hanee Sayed Sahalan, difahamkan terbabit dalam nahas itu ketika melalui kawasan selekoh tajam menuju ke Bukit Fraser, Pahang. 


"Saya menganggap ini sebagai salah satu ujian ketika hendak ke set penggambaran. Kejadian berlaku ketika melalui selekoh yang tajam dan tidak dapat melihat jalan depan.


"Siapa yang pernah ke Bukit Fraser pasti mengetahui keadaan jalan hendak ke sana. Sudahlah tidak dapat melihat kereta yang datang dari depan, lori itu sedang laju dan 'makan' jalan kami.


"Jalannya juga sempit, apabila lori berkenaan laju dan 'makan' jalan kami serta merempuh bahagian kereta. Mujur, kami yang berada dalam kereta tidak mengalami kecederaan.


"Lebih malang lagi, kenderaan yang dipandu itu dipinjam daripada sepupu kami. Apa pun, ibu saya sudah selesai membuat laporan di balai polis dan menyerahkan kepada pihak insurans berhubung perkara itu," katanya.


Haneesya turut berkongsi foto keadaan kenderaan jenis Myvi dinaikinya yang remuk di bahagian sisi kanan hadapan.


Bercerita lanjut tentang insiden berkenaan, Haneesya mendakwa lori terbabit dipandu dalam keadaan laju dan merbahaya.


Dalam pada itu dia turut menasihatkan orang ramai yang mahu melalui lokasi sama agar berhati-hati.


- HMetro 

LAZADA 11.11

LAZADA 11.11

50% Diskaun Bagi Barangan Pakaian

Nikmati potongan harga 50% bagi barangan pakaian dan nikmati potongan RM 15 percuma bagi pembelian pertama anda!

-->