Inilah Golongan Manusia Yang Akan Masuk Syurga Allah SWT Tanpa Hisab.Semoga Kita Tergolong Dalam Golongan Tersebut,InsyaAllah.



Inilah Golongan Manusia Yang Akan Masuk Syurga Tanpa Hisab.. Semoga Kita Tergolong Dalam Golongan Tersebut.. InsyaAllah

Menurut hadis yang diriwayat Bukhari dan Muslim bersumber dari Ibnu Abbas r.a, terdapat 70,000 umat Muhammad s.a.w yang akan masuk syurga tanpa hisab dan tanpa azab.

golongan manusia ini dikatakan akan mempunyai muka bercahaya seperti bulan purnama.

Siapakah Golongan Manusia Yang Akan Masuk Syurga Tanpa Hisab?


1) Ahli Al-Fadl (ahli kemuliaan) – Golongan ini adalah orang yang bersabar menanggung kesak!tan apabila diz@lim! dan diperb0d0hkan dan mereka senantiasa memaafkan segala kejh4tan yang dilakukan terhadap mereka.

2) Ahli As-Sabr (ahli kesabaran) – Golongan yang sentiasa bersabar menjalani suruhan dan sentiasa taat kepada Allah. Mereka yang sentiasa menghndarkan diri dari melakukan maks!at.

3) Berjiran kerana Allah – Golongan ini akan saling berziarah dalam berkasih sayang kerana Allah. Mereka yang duduk dan bangun bersama-sama dengan saudara mereka kerana Allah. (hadis riwayat Abu Nu’aim daripada Ali bin Husain)

4) Orang yang men!nggal dalam perjalanan ke Mekah, tidak kira pergi atau balik. (hadis riwayat Jabir)

5) Golongan yang senantiasa menuntut ilmu yang membawa ke jalan Allah, perempuan yang taat kepada suami dan anak yang berbakti kepada ibu bapa. (hadis marfu’ sumber Abu Ayyaub al-ansari)

6) Individu yang dalam perjalanan hendak menunaikan hajat saudara seislamnya sehingga tertunai hajat tersebut dan men!nggal dalam masa tersebut. (hadis marfu’ sumber daripada Anas)

7) Individu yang mengasuh kanak-kanak sehingga kanak-kanak itu berupaya mengucapkan ‘lailahaillallah”. (hadis sumber daripada A’isyah r.a)

8) Orang islam lelaki dan perempuan yang men!nggal pada malam dan siang hari jumaat. (hadis marfu’ sumber daripada ‘Ata’)

9) Hamba Allah yang bersabar dengan ujian bala bencana pada tubuhnya ataupun pada tubuh anaknya. (hadis marfu’ riwayat Hakim at-Tirmidzi)

10) Individu yang menggali perigi di tengah padang dengan penuh keimanan demi mendapatkan ganjaran Allah. (Ibn Mas’ud)


Al-Hakim dan al-Baihaqi mengeluarkan hadis bersumber daripada Jabir secara marfunya’: “Barangsiapa yang lebih kebajikannya atas kejahatannya,

Maka mereka itulah yang masuk ke syurga tanpa hisab, dan barang siapa yang sama kebajikannya dan kejhatannya maka mereka itulah yang dihisabkan dengan hisab yang sedikit,

Dan barang siapa yang kejhatannya lebih banyak, maka dialah yang diberikan syafaat setelah menerima s!ks4annya.”

Mudah-mudahan kita termasuk dalam golongan yang dapat masuk ke syurga tanpa hisab.Aamiin


sumber: mediaislam.com.my via Breaking 78 post

LAZADA 11.11

LAZADA 11.11

50% Diskaun Bagi Barangan Pakaian

Nikmati potongan harga 50% bagi barangan pakaian dan nikmati potongan RM 15 percuma bagi pembelian pertama anda!

-->