Kasihan abang polis kena langgar



PETALING JAYA – Sebuah video memaparkan kejadian seorang lelaki menunggang motosikal secara melulu sehingga terlanggar seorang anggota polis trafik yang sedang mengawal lalu lintas tular di media sosial hari ini.


Berdasarkan video berdurasi 29 saat yang dikongsi di laman Facebook Sukan Star TV hari ini, kejadian itu dirakam oleh kamera papan pemuka kenderaan yang berada di lokasi kejadian.


Kejadian itu berlaku awal pagi tadi ketika keadaan jalan raya sesak dengan kenderaan susulan waktu kemuncak orang ramai keluar berkerja.


Penunggang motosikal terbabit dilihat cuba untuk menukar lorong sebaik sahaja keluar dari sebuah jalan berselekoh sebelum terlanggar anggota polis trafik yang sedang berdiri bersebelahan motosikalnya di jalan keluar dari selekoh terbabit.


Akibat pelanggaran itu, anggota trafik berkenaan dilihat terjatuh bersama-sama dengan motosikalnya selain topi keledarnya turut tercampak.


Tinjauan Kosmo! di ruang komen mendapati orang ramai meluahkan rasa simpati dengan anggota trafik berkenaan dan menasihatkan agar pengguna jalan raya untuk berhati-hati dan tidak memandu secara melulu.


“Rider-rider semua janganlah galak sangat mencilok sampai tak nampak apa yang ada dekat depan. Jalan tu memang sibuk nak-nak lagi peak hour (waktu kemuncak),” kata Aiman.


“Rushing sangat, mungkin ada hal. Kalau tengok cara bawa motor (motosikal) tu. Berhati-hatilah semua,” kata Saad.


“Leka tengok belakang, tapi di depan rupa-rupanya ada halangan. Belum betul-betul keluar dari selekoh, kalut sangat nak tukar lorong,” kata Bukhairi.


- K! ONLINE

LAZADA 11.11

LAZADA 11.11

50% Diskaun Bagi Barangan Pakaian

Nikmati potongan harga 50% bagi barangan pakaian dan nikmati potongan RM 15 percuma bagi pembelian pertama anda!

-->