Lelaki maut selepas cuba melawan dalam serbuan polis



Kuala Lumpur: Lelaki dipercayai pengedar dadah meninggal dunia selepas polis menyerbu sebuah pangsapuri di Taman Dato Senu, Sentul, hari ini.


Dalam kejadian pada 5 petang itu, sepasukan polis dari Bahagian Siasatan Jenayah Narkotik Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Sentul, menyerbu satu unit kediaman di tingkat tiga selepas menerima maklumat awam mengenai aktiviti pengedaran dadah.


Menurut sumber, semasa serbuan, lelaki itu yang berada dalam sebuah bilik bertindak agresif sehingga berlaku pergelutan.


"Lelaki terbabit difahamkan meronta-ronta dan cuba mencapai sebilah sabit, namun pihak polis berjaya menghalang sebelum menggari tangannya dalam bilik sama.


"Polis turut menemui sejumlah dadah jenis methapetamine dan heroin," katanya.


Menurutnya, tidak lama selepas itu, lelaki terbabit secara tiba-tiba rebah dan pengsan sebelum ambulans dan pegawai perubatan yang tiba 10 minit kemudian mengesahkan kematiannya.


Turut berada dalam rumah semasa serbuan dibuat adalah ibu serta tiga lagi anak saudara si mati.


Sementara itu, Ketua Polis Daerah Sentul, Asisten Komisioner Beh Eng Lai ketika dihubungi mengesahkan kejadian berkenaan dan siasatan lanjut sedang dijalankan.


"Saya sahkan kejadian ini dan untuk peringkat awal kes diklasifikasikan sebagai kematian mengejut (SDR).


"Kita sedang meneliti maklumat apabila si mati mengalami kecederaan selepas bertengkar dengan adiknya pagi tadi," katanya.


- HMetro 

LAZADA 11.11

LAZADA 11.11

50% Diskaun Bagi Barangan Pakaian

Nikmati potongan harga 50% bagi barangan pakaian dan nikmati potongan RM 15 percuma bagi pembelian pertama anda!

-->