Mamat Khalid meninggal dunia



PETALING JAYA – Pengarah serta pelakon, Mamat Khalid dilaporkan telah meninggal dunia sebentar tadi di Hospital Slim River, Perak.


Mamat Khalid atau nama sebenarnya Mohamad Mohamad Khalid menghembuskan nafas terakhirnya akibat masalah jantung.


Jenazah Allahyarham dijangkan akan dibawa pulang dan disemadikan di Ipoh esok.


Difahamkan Mamat pengsan di restorannya, Sarang Art Hub dan dikejarkan ke hospital sebelum disahkan meninggal dunia.


Mamat Khalid sebelum ini pernah mengarahkan beberapa filem terkenal antaranya Rock Oii, Lang Buana dan Man Laksa. 


– K! ONLINE.

LAZADA 11.11

LAZADA 11.11

50% Diskaun Bagi Barangan Pakaian

Nikmati potongan harga 50% bagi barangan pakaian dan nikmati potongan RM 15 percuma bagi pembelian pertama anda!

-->