Netizen kagum pemuda OKU kerja angkat tandan sawit guna sebelah tangan



PETALING JAYA – Walaupun mempunyai sebelah tangan, namun ia bukan penghalang bagi seorang pemuda mencari rezeki halal dengan bekerja sebagai pengangkat tandan kelapa sawit.


Aksi lelaki yang juga orang kelainan upaya (OKU) itu telah tular di aplikasi TikTok selepas ia dimuat naik di akaun @adypurtarumapea2.


Berdasarkan klip video berdurasi 58 saat itu, kelihatan pemuda berkenaan hanya menggunakan tangan sebelah kanan sahaja untuk mengangkat tandan sawit ke dalam lori.


Lebih menarik, walaupun hanya mempunyai sebelah tangan dia langsung tidak mempunyai masalah untuk mengangkat tandan sawit sama seperti insan normal yang lain.


Susulan klip video terbabit, rata-rata pengguna aplikasi itu kagum dengan kegigihan serta usaha yang telah dilakukan pemuda itu demi mencari rezeki yang halal walaupun dia seorang OKU.


“Biarpun dia OKU namun dia tidak meminta minta, tetap guna kudrat utk mencari rezeki,” tulis Faizal Pijan pada ruangan komen.


Turut meninggalkan komen adalah seorang lagi pengguna dikenali sebagai Nur Fatihah.


“Yang ada kudrat sempurna anggota badan pun belum tentu boleh buat mcm ni,1001 alasan diberi nak keja pun. Nak seribu daya tak nak seribu dalih, hidup ni jangan selalu meminta, tanpa usaha,” katanya.


-K! ONLINE

LAZADA 11.11

LAZADA 11.11

50% Diskaun Bagi Barangan Pakaian

Nikmati potongan harga 50% bagi barangan pakaian dan nikmati potongan RM 15 percuma bagi pembelian pertama anda!

-->