Pelanggan, pemilik pusat hiburan dikompaun RM61,000



ALOR SETAR: Pekerja tidak divaksin dan pelanggan tidak daftar MySejahtera merupakan kesalahan dilakukan 21 individu dalam serbuan polis di sebuah premis hiburan di Mergong, Alor Setar, malam tadi.


Serbuan jam 10 malam itu mengesan pusat karaoke ini beroperasi dengan menutup pintu hadapan dan hanya membuka pintu kecil di bahagian tepi sahaja didapati melanggar prosedur operasi standard (SOP) di bawah Pelan Pemulihan Negara (PPN) Fasa 2 di mana pusat hiburan tidak boleh beroperasi.


Serbuan diketuai Ketua Polis Kedah, Datuk Kamarul Zaman Mamat bersama sepasukan pegawai dan anggota dari Ibu Pejabat Polis Kontinjen (Kedah) mendapati pelanggan tidak mengamalkan penjarakan fizikal ketika berada di dalam bilik dan tidak memakai topeng pelitup muka serta tidak mendaftar MySejahtera.


Katanya, 18 pelanggan yang berada dalam premis hiburan itu masing-masing dikompaun RM2,000 setiap seorang manakala penganjur dikenakan kompaun RM25,000.


Manakala penjaga premis dan pekerja berkenaan ditahan kerana tiada dokumen perjalanan diri yang sah serta tidak memiliki permit bekerja selain tidak divaksin.


"Kita ambil tindakan kompaun mereka kerana mereka telah melanggar aktivitiyang dilarang semasa PPN iaitu penganjur dan juga pengunjung selain daripada itu ada juga beberapa kesalahan seperti tidak mendaftar MysSjahtera di premis tersebut dan juga ada yang tidak divaksin bekerja dalam premis tersebut," katanya.


Seramai 15 lelaki dan 6 perempuan berusia antara 20-an hingga 40-an itu ditahan dan di bawa ke Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kota Setar untuk saringan air kencing.


Kes disiasat di bawah Peraturan 17 Akta Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit 1988.


Kamarul Zaman mengingatkan kepada pemilik pusat hiburan supaya mematuhi SOP PPN Fasa 2 supaya tidak beroperasi secara haram.



- Awani 

LAZADA 11.11

LAZADA 11.11

50% Diskaun Bagi Barangan Pakaian

Nikmati potongan harga 50% bagi barangan pakaian dan nikmati potongan RM 15 percuma bagi pembelian pertama anda!

-->