Peniaga air didakwa pukul bapa sebab minta RM10



KOTA BHARU – Seorang peniaga air dihadapkan ke Mahkamah Sesyen di sini hari ini atas pertuduhan menyebabkan kecederaan parah terhadap bapanya yang meminta wang RM10 di rumah mereka di Kampung Dusun Durian, Bachok kira-kira dua minggu lalu.


Tertuduh, Mat Khairi Mohammad, 34, bagaimanapun mengaku tidak bersalah selepas pertuduhan terhadapnya dibacakan oleh jurubahasa di hadapan Hakim Ahmad Bazli Bahruddin.


Mengikut pertuduhan, tertuduh didakwa dengan sengaja menyebabkan kecederaan parah terhadap bapanya, Mohammad Zakaria, 62.


Kesalahan itu dilakukan olehnya di sebuah rumah di Kampung Dusun Durian dekat Bachok kira-kira pukul 10 pagi pada 17 Oktober lalu.


Tertuduh didakwa mengikut Seksyen 325 Kanun Keseksaan dan dibaca bersama Seksyen 326A kanun sama yang memperuntukkan hukuman penjara sehingga 14 tahun dan denda.


Pendakwaan dikendalikan oleh Timbalan Pendakwa Raya, Abu Arsalnaa Zainal Abidin manakalan tertuduh tidak diwakili peguam.


Terdahulu, Abu Arsalnaa tidak menawarkan jaminan terhadap tertuduh kerana mangsa dalam kes tersebut merupakan ahli keluarganya.


 -K! ONLINE

LAZADA 11.11

LAZADA 11.11

50% Diskaun Bagi Barangan Pakaian

Nikmati potongan harga 50% bagi barangan pakaian dan nikmati potongan RM 15 percuma bagi pembelian pertama anda!

-->