Suami isteri didakwa menipu



Kuala Pilah: Suami isteri dihadapkan ke Mahkamah Sesyen Kuala Pilah, hari ini, atas 22 pertuduhan menipu dalam urusan jual beli barang kemas sehingga menyebabkan seorang wanita kerugian RM21.958.70.


Bagaimanapun tertuduh, Muzi Musa, 51, dan isterinya, Nining Febriani Lubis, 43, dari Felda Palong Lima di sini, mengaku tidak bersalah sebaik semua pertuduhan dibaca di hadapan Hakim Norma Ismail.


Berdasarkan pertuduhan, mereka secara bersama menipu Siti Noriza Husaini supaya mempercayai dalam urusan jual beli barang kemas sehingga dengan curangnya mendorong wanita berkenaan membuat pembayaran.


Kesalahan dilakukan dari 16 Februari 2021 hingga 31 Mac 2021 bertempat di Lorong Patin, Taman SG Gemas dalam daerah Tampin.


Berikutan itu, mereka melakukan kesalahan mengikut Seksyen 420 Kanun Keseksaan dan dibaca bersama Seksyen 34 akta yang sama.


Norma kemudian menetapkan 16 November ini bagi serahan dokumen selain mengenakan jaminan RM15,000 setiap seorang dengan seorang penjamin.


Pasport milik Nining turut diserahkan kepada mahkamah sehingga kes selesai dan syarat tambahan, kedua-dua tertuduh perlu melapor diri di balai polis berdekatan pada setiap bulan.


Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya, Muhammad Amirul Noor Hashimi manakala kedua-dua tertuduh diwakili peguam, Mohd Zali Shaari.


- HMetro 

LAZADA 11.11

LAZADA 11.11

50% Diskaun Bagi Barangan Pakaian

Nikmati potongan harga 50% bagi barangan pakaian dan nikmati potongan RM 15 percuma bagi pembelian pertama anda!

-->