Suami isteri ‘kembar berlainan ibu bapa’



JAKARTA – Sepasang suami isteri di Indonesia mendedahkan bahawa mereka lahir pada tarikh, bulan, tahun, waktu dan bandar yang sama, lapor portal berita Wolipop kelmarin.


Menerusi akaun TikTok @sakilagustina, wanita itu memberitahu bahawa dia dan suminya ialah ‘sepasang kembar’ kerana mempunyai butiran kelahiran yang sama.


“Kembar tidak seibu. Lahir pada tarikh, bulan, tahun, waktu dan bandar yang sama. Hospital sahaja yang berbeza,” kata keterangan pada video tersebut.


Berdasarkan sebuah lagi klip video, wanita tersebut menunjukkan butiran kelahirannya dan suami sebagai bukti atas dakwaannya.


Gambar tersebut jelas menunjukkan butiran bahawa tarikh lahir mereka berdua adalah sama, iaitu pada 6 Ogos 1994.


Video tersebut menjadi tular dengan ramai netizen menyifatkan pasangan suami isteri itu sebagai jodoh yang sudah ditakdirkan.


“Definisi bahawa kalau sudah jodoh, tidak akan ke mana-mena,” kata seorang netizen.


“Seorang bernama Agustina, seorang lagi bernama Agusta. Kalau mempunyai anak yang lahir pada bulan Ogos (Agustus), pasti namanya Agustina Agusta,” kata seorang lagi. 


- Kosmo 

LAZADA 11.11

LAZADA 11.11

50% Diskaun Bagi Barangan Pakaian

Nikmati potongan harga 50% bagi barangan pakaian dan nikmati potongan RM 15 percuma bagi pembelian pertama anda!

-->