Suami Tetap Tak Jemu Puji Cantik, Walaupun Di Hina Muka Berkedut Sewaktu Hamil



Tidak dapat dinafikan ketika hamil, tubuh seorang wanita akan melalui banyak 'perubahan'. Yang paling ketara dan menjadi kebimbangan ramai wanita hamil adalah perubahan pada wajah mereka. Walaupun kelihatan pelik di mata orang lain, Namun, ia hanya bersifat sementara dan akan kembali normal selepas bersalin. 


Jarak 8 tahun daripada kelahiran anak sulung... Muka macam nenek ekoran pembawakan budak


Kerana pembawakan budak sehingga wajah bertukar seperti nenek, itulah dugaan yang perlu di tempuhi oleh wanita ini. Pengguna akaun Facebook yang bernama Nur Ain telah berkongsi, mengakui malu apabila ada orang yang mengajaknya bergambar ekoran penampilannya tersebut. Walaupun pengalaman mengandung buat kali keduanya ini berbeza daripada yang pertama 8 tahun yang lalu, Namun, dia juga akui gembira kerana ramai caring terhadap dirinya. 



Ada yang kata terkena sumpahan... Tapi suami tak jemu puji isteri cantik


Namun begitu, Nur Ain tidak menafikan wujud juga mulut-mulut yang melemparkan perkataan yang tidak baik kepadanya. Bukan sahaja mengatakannya terkena sumpahan, ada juga yang fobia untuk mengandung kerana tidak mahu muka berkedut seperti yang dialaminya. Namun, di sebalik ujian yang dia hadapi, suaminya lah yang tidak jemu memujinya cantik setiap hari serta memberikan kata-kata semangat.



Sayalah yang ambil seri mama tu


Setelah 4 bulan bersalin, wajahnya kembali beransur pulih dan normal. Dalam masa yang sama, Nur Ain turut memuat naik wajah anak keduanya dengan kapsyen bergurau kononnya dialah yang 'mengambil' seri wajahnya ketika hamil dulu.



Sumber: Erin Sakura

C/p - infoawam.com

LAZADA 11.11

LAZADA 11.11

50% Diskaun Bagi Barangan Pakaian

Nikmati potongan harga 50% bagi barangan pakaian dan nikmati potongan RM 15 percuma bagi pembelian pertama anda!

-->