Tali gantung menanti Lans koperal, remaja



JOHOR BAHRU – Seorang anggota polis berpangkat lans koperal dan seorang remaja berdepan hukuman gantung sampai mati selepas mereka dihadapkan ke Mahkamah Majistret di sini hari ini atas kesalahan mengedar dadah, bulan lalu.


Tertuduh, C. Harethaess, 27, yang bertugas di Balai Polis Labu, Negeri Sembilan dan P. Darshan, 19, yang bekerja sebagai pemandu sambilan mengangguk tanda faham selepas pertuduhan dibacakan di hadapan Majistret Suhaila Shafi’uddin.


Tiada pengakuan direkodkan daripada kedua-dua tertuduh.


Berdasarkan kertas pertuduhan, mereka didakwa secara bersama mengedar dadah jenis ekstasi seberat 181.95 gram.


Perbuatan itu didakwa dilakukan di tempat letak kenderaan berhadapan sebuah pusat penjagaan kesihatan di Kota Southkey, di sini pada pukul 9.45 malam, 23 September lalu.


Bagi perbuatan itu, mereka didakwa mengikut Seksyen 39B(1)(a) Akta Dadah Berbahaya 1952 dan boleh dihukum mengikut Seksyen 39B(2) akta sama dan dibaca bersama Seksyen 34 Kanun Keseksaan.


Jika sabit bersalah, kedua-duanya boleh dikenakan hukuman gantung sampai mati.


- Kosmo 

LAZADA 11.11

LAZADA 11.11

50% Diskaun Bagi Barangan Pakaian

Nikmati potongan harga 50% bagi barangan pakaian dan nikmati potongan RM 15 percuma bagi pembelian pertama anda!

-->