Tidak divaksin kerana ada penyakit boleh mohon sijil digital



PETALING JAYA – Individu yang tidak boleh mengambil vaksin kerana faktor kesihatan boleh memohon sijil digital khas atau sijil pengecualian vaksinasi di MySejahtera.


Menteri Kesihatan, Khairy Jamaluddin berkata, permohonan bagi tujuan tersebut boleh dilakukan melalui Pejabat Kesihatan Daerah (PKD) yang berdekatan dengan mengemukakan borang khas slip penilaian kesesuaian menerima vaksin Covid-19.


Beliau berkata, pengecualian itu hanya kepada pesakit yang mempunyai masalah penyakit tertentu yang telah disahkan oleh pakar perubatan.


“Yang pertama adalah pakar perubatan di hospital swasta yang merawat individu tersebut, pakar perubatan atau pegawai perubatan yang merawat semasa ketiadaan pakar perubatan di hospital kerajaan ataupun pakar perubatan keluarga di klinik kerajaan.


“Jika permohonan lengkap dan mengikuti syarat yang ditetapkan, sijil digital tersebut melalui MySejahtera akan diperolehi dalam tempoh seminggu,” katanya pada Sidang Parlimen di sini hari ini.


-K! ONLINE.

LAZADA 11.11

LAZADA 11.11

50% Diskaun Bagi Barangan Pakaian

Nikmati potongan harga 50% bagi barangan pakaian dan nikmati potongan RM 15 percuma bagi pembelian pertama anda!

-->