Umur 18 tahun dah dapat hadiah Mustang



PETALING JAYA – Semalam tular sebuah video mengenai seorang gadis yang baru menginjak usia 18 tahun telah menerima kejutan hadiah sebuah kereta Ford Mustang daripada kedua ibu bapanya sempena hari lahirnya.


Harga bagi sebuah kereta Ford Mustang boleh mencecah sehingga ratusan ribuan ringgit jika mengikut nilai pasaran di Malaysia.


Menerusi perkongsian sebuah video oleh @aamyrae._ di laman aplikasi TikTok, kelihatan seorang wanita yang seakan-akan tidak percaya apabila melihat kejutan hadiah daripada ibu bapanya.


Berdasarkan video berdurasi 1 minit 19 saat di TikTok itu, gadis tersebut baru sahaja keluar dari kereta dan terus tergamam apabila ibunya mengucapkan selamat hari lahir lalu menunjukan sebuah kereta Mustang yang lengkap berbalutkan reben merah.


Ketika kejadian itu, gadis itu dilihat sebak dan telah menitiskan air mata lalu terus memeluk ibunya kerana berasa sangat terharu dengan pemberian oleh ibu bapanya itu.


Susulan perkongsian video itu, rata-rata orang ramai telah menyatakan tidak perlu berasa cemburu dengan hadiah yang dimiliki oleh gadis tersebut kerana ia merupakan satu rezeki buat dirinya.


“Dia bukan untung, tapi itu rezeki masing-masing ada yang rezeki Allah bagi dari keluarga sendiri dan ada yang kita usaha sendiri,” kata @mhmmdferdaus.


“Allahuakhbar, betapa bertuahnya hidup awak, disayangi keluarga yang berharta dan dikurniakan oleh Allah S.W.T dengan kecantikkan serta dilimpahi kasih sayang,” jelas @Imaanzanazakaria.


“Anak orang kaya, rezeki mak ayah dia lebih jadi keluarga dia bagilah kereta, ini semua rezeki dia dan harap janganlah ada yang berasa cemburu dengan komen yang bukan-bukan,” ujar @Sitiroslizashah.


Sehingga kini, perkongsian video tersebut meraih lebih 292,400 tontonan dan 28,500 tanda suka di akaun TikTok miliknya 


– K! ONLINE

LAZADA 11.11

LAZADA 11.11

50% Diskaun Bagi Barangan Pakaian

Nikmati potongan harga 50% bagi barangan pakaian dan nikmati potongan RM 15 percuma bagi pembelian pertama anda!

-->