Ustaz lawan hantu air tular



PETALING JAYA – Seperti yang diketahui ramai bukan semua manusia di dunia ini mempunyai kelebihan untuk berinteraksi dengan makhluk halus lagi-lagi di dalam ‘alam sebalik mata’.


Semalam tular sebuah video di Facebook mengenai seorang pengamal perubatan atau lebih dikenali Ustaz Rosdi didakwa mengangkat ‘hantu air’ sehingga berlaku penampakan susuk tubuh makhluk halus tersebut.


Berdasarkan video berdurasi 3 minit 40 saat oleh Md. Rosdi Hassan di laman sosial Facebook, ustaz tersebut bertindak menyeberangi sebatang sungai pada waktu malam.


Ketika kejadian, ustaz berkenaan seolah-olah menenggelamkan dirinya dan selepas beberapa saat beliau timbul dari permukaan air bersama satu ‘entiti’ yang bermata bewarna merah.


Susulan perkongsian video itu, rata-rata pengguna Facebook berasa seram dengan pendedahan oleh ustaz berkenaan mengenai rupa sebenar jin yang lebih dikenali sebagai ‘hantu air’.


“Allahuakbar, cukuplah saya dapat lihat mahkluk ghaib dalam video ustaz ini sahaja. Kalau terjumpa depan mata sendiri, bukan saya takut tapi mugkin tak kuat semangat untuk berdepan dengan makluk ini,” kata Sulaiman Salleh.


“Alhamdulillah, bukan semua orang boleh zahirkan benda-benda begini. Minta ustaz tunjukkan lagi yang lain untuk pengajaran akan kekuasaan Allah S.W.T dengan kehebatan ilmu orang-orang dulu,” jelas Mohd Yusoff.


“Seram betul bila tengok hantu air macam itu, ini baru jelmaan sahaja belum susuk tubuh sebenar kalau dia tunjuk dirinya yang sebenar pasti lagi menyeramkan,” ujar Nur Hidayah.


Terkini video tersebut mendapat lebih 11,000 reaksi dan dihujani lebih 2,600 komen di media sosial Facebook.


- K! ONLINE.

LAZADA 11.11

LAZADA 11.11

50% Diskaun Bagi Barangan Pakaian

Nikmati potongan harga 50% bagi barangan pakaian dan nikmati potongan RM 15 percuma bagi pembelian pertama anda!

-->