Wanita maut dalam kemalangan



KUCHING: Seorang wanita berusia 43 tahun maut dalam kemalangan membabitkan dua kenderaan di Jalan Serian-Sri Aman berhampiran Kampung Sungai Pinang, di Serian, hari ini.


Mangsa yang dikenali sebagai Yee Jin Lee disahkan meninggal dunia di tempat kejadian.


Jurucakap Pusat Gerakan Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Sarawak dalam satu kenyataan berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan berhubung kejadian itu sekitar jam 10.15 pagi sebelum mengerahkan enam anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat Simunjan ke tempat kejadian.


Setiba di tempat kejadian, pihak bomba mendapati terdapat kemalangan melibatkan sebuah lori dan sebuah van.


“Seorang mangsa wanita tersepit di ruang pemandu van dan dikeluarkan oleh anggota bomba menggunakan peralatan khas.


"Mangsa bagaimanapun disahkan meninggal dunia selepas diperiksa petugas Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM)," katanya menerusi satu kenyataan hari ini.


Mayat mangsa kemudian diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan lanjut.


- Utusan Borneo

LAZADA 11.11

LAZADA 11.11

50% Diskaun Bagi Barangan Pakaian

Nikmati potongan harga 50% bagi barangan pakaian dan nikmati potongan RM 15 percuma bagi pembelian pertama anda!

-->