5 jari hancur, hampir putus digilis mesin tebu



Betong: Seorang remaja lelaki kehilangan jari tangan kiri akibat digilis mesin tebu miliknya dalam kejadian di Taman Kenanga Indah, di sini, hari ini.


Jurucakap Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Betong dalam kenyataannya hari ini berkata, kejadian berlaku ketika remaja berusia 18 tahun itu mengapit air tebu sebelum tangan kirinya terjerut ke dalam mesin berkenaan.


"Sepasukan anggota dari BBP Betong bergerak ke kediaman mangsa sejurus menerima panggilan kecemasan berhubung insiden berkenaan pada 10.37 pagi.


"Sejurus sampai di kediaman mangsa, tangan mangsa sudah dikeluarkan oleh rakannya dari mesin itu, namun kelima-lima jari tangan kiri mangsa mengalami kecederaan serius dan hampir putus," katanya.


Menurut kenyataan itu, mangsa yang dalam keadaan lemah dan kesakitan dihantar ke Hospital Betong bagi diberikan rawatan lanjut.


"Setakat ini, mangsa dilaporkan dalam keadaan stabil dan diberikan rawatan lanjut di hospital," katanya.


- HMetro 

LAZADA 2.2

LAZADA 2.2

50% Diskaun Bagi Barangan Pakaian

Nikmati potongan harga 50% bagi barangan pakaian dan nikmati potongan RM 15 percuma bagi pembelian pertama anda!

-->