Dua sekawan maut, empat cedera nahas dua kenderaan



SUNGAI SIPUT – Dua lelaki maut manakala empat lagi cedera dalam nahas membabitkan dua kenderaan di Kilometer 34, Jalan Ipoh-Kuala Kangsar di sini semalam.


Dalam kejadian kira-kira pukul 10.20 malam itu, pemandu dan penumpang kereta Proton Saga masing-masing berusia 20 dan 22 tahun parah dan meninggal dunia di tempat kejadian.


Ketua Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik (JSPT) Perak, Superintendan Azizan Hassan berkata, kemalangan berlaku membabitkan kereta dinaiki mangsa dengan sebuah kenderaan pelbagai guna (MPV) jenis Proton Exora dinaiki lima sekeluarga.


Katanya, apabila sampai di tempat kejadian, kereta dinaiki dua sekawan yang dalam perjalanan dari Ipoh menghala Kuala Kangsar telah terbabas dan masuk ke laluan bertentangan.


“Kereta itu kemudian melanggar Proton Exora yang berada di laluan sah. Akibat pelanggaran itu, pemandu dan penumpang kereta meninggal dunia di tempat kejadian.


“Pemandu Proton Exora berusia 41 tahun yang juga anggota polis tidak cedera namun isteri dan tiga anaknya masing-masing berusia 16, 14 dan 13 tahun cedera di beberapa bahagian badan,” katanya di sini hari ini.


Menurut beliau, mayat mangsa dibawa ke Hospital Sungai Siput untuk bedah siasat di mana mangsa yang cedera turut dirujuk ke hospital sama untuk rawatan lanjut.


Katanya, siasatan kejadian itu dijalankan mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.


“Berdasarkan siasatan awal, nahas dipercayai berpunca ekoran kereta dipandu mangsa hilang kawalan lalu terbabas masuk ke laluan bertentangan dan bertembung dengan MPV yang berada di laluan sah,” katanya. 


– K! ONLINE

LAZADA 2.2

LAZADA 2.2

50% Diskaun Bagi Barangan Pakaian

Nikmati potongan harga 50% bagi barangan pakaian dan nikmati potongan RM 15 percuma bagi pembelian pertama anda!

-->