Hanya bayi terselamat



Gerik: Seorang lagi mangsa kemalangan membabitkan dua kereta di Kilometer 64, Lebuhraya Timur Barat berhampiran Hentian Rehat dan Rawat (R&R) Titiwangsa di Gerik, semalam, meninggal dunia.


Ketua Polis Daerah Gerik, Superintendan Zulkifli Mahmood berkata, mangsa keempat, wanita berusia 34 tahun yang juga pemandu Perodua Axia, meninggal dunia ketika dirawat di Hospital Gerik, jam 8.38 malam tadi.


"Ia menjadikan empat mangsa maut, setakat ini.


"Hanya seorang mangsa terselamat iaitu Aathif Mohd Ariff, bayi lelaki kepada Siti Najihah Shafiqah, yang berusia setahun empat bulan. Dia mengalami kecederaan ringan dan dirujuk ke Hospital Taiping," katanya dalam kenyataan media hari ini.


Semalam, media melaporkan tiga orang maut dalam nahas dua kenderaan yang membabitkan lima mangsa.


Mangsa maut adalah pemandu Perodua Myvi, Mohd Sofiyudin Sazali, 29; serta penumpang hadapannya, Syahira Ibrahim, 24,


Turut maut, penumpang hadapan Perodua Axia, Siti Najihah Shafiqah Ghazali, 27; yang mana ketiga-tiga mereka meninggal dunia di tempat kejadian.


Zulkifli berkata, siasatan awal mendapati nahas itu berlaku apabila Mohd Sofiyudin yang memandu Perodua Myvi dari arah Jeli, Kelantan menghala Gerik dipercayai hilang kawalan dan terbabas, sebelum masuk ke laluan bertentangan.


"Pada masa sama, Perodua Axia dari arah bertentangan yang dipandu Siti Najihah melanggar bahagian sebelah kiri Perodua Myvi terbabit," katanya


Katanya lagi, siasatan masih diteruskan mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.


- HMetro 

LAZADA 11.11

LAZADA 11.11

50% Diskaun Bagi Barangan Pakaian

Nikmati potongan harga 50% bagi barangan pakaian dan nikmati potongan RM 15 percuma bagi pembelian pertama anda!

-->