Kecoh peminta sedekah dikasari seorang lelaki



PETALING JAYA – Tular satu klip video di media sosial memaparkan seorang lelaki bertindak secara kasar ke atas seorang peminta sedekah di sebuah restoran sekitar Alor Setar, Kedah


Merusi perkongsian video oleh Mat Perang di laman sosial Facebook, lelaki tersebut kelihatan berang dengan kehadiran peminta sedekah tersebut sehingga menyebabkan pergaduhan di antara mereka.


Berdasarkan video berdurasi 16 saat itu, lelaki itu secara pantas menendang peminta sedekah tersebut keluar dari restoran sehingga berlaku pertengkaran di luar restoran.


Susulan perkongsian video di Facebook itu, terdapat beberapa pengguna lain yang juga merupakan saksi kejadian tampil berkongsi cerita disebalik kejadian yang berlaku.


“Pihak restoran dah letak papan tanda agar dia dilarang masuk. Awal-awal pihak rela dah larang dia masuk dan suruh keluar elok-elok, tapi dia tetap juga keliling satu kedai dan maki pihak rela sambil bertindak seolah-olah ingin memukul dan mengganggu pelanggan lain,” kata Nur Hana Zamri.


“Peminta sedekah itu memang nak pukul anggota rela itu dengan payung, kemudian lelaki tersebut segera bertindak menendang peminta sedekah itu disebabkan dia berada di sebelah mereka,” kata Ija Zamm. 


– K! ONLINE

LAZADA 11.11

LAZADA 11.11

50% Diskaun Bagi Barangan Pakaian

Nikmati potongan harga 50% bagi barangan pakaian dan nikmati potongan RM 15 percuma bagi pembelian pertama anda!

-->